
Dah Ada Tanah Sendiri?Mesti Dah TerbayangRumah Yang Nak Dibina, Kan?
Mungkin anda dah lama simpan gambar rumah yang berkenan. Dah terbayang rupa rumah tu bila siap nanti, ruang untuk keluarga berkumpul, dan tempat anak-anak membesar.
Sekarang, anda mungkin sedang mencari kontraktor yang sesuai untuk merealisasikan perancangan tersebut.
Di MSL Engineering & Services, kami menjalankan kerja pembinaan rumah banglo dan Semi-D.
Sebelum kita pergi lebih jauh, jom tengok dulu koleksi rumah dalam portfolio kami. Mungkin ada reka bentuk atau idea yang anda boleh jadikan rujukan untuk rumah sendiri.
Mana satu buat hati anda berkenan?
Setiap orang ada citarasa dan keperluan rumah yang berbeza. Ada yang dah tahu rupa rumah yang mereka nak, ada yang masih mencari idea.
Di sini anda boleh lihat antara rumah yang pernah kami bina — daripada reka bentuk, susun atur, sehinggalah rupa rumah apabila siap.
Mungkin ada rumah yang hampir dengan apa yang anda bayangkan. Kalau ada, simpan atau kongsikan dengan kami. Senang untuk kita bincang bila anda dah bersedia.
Dari luar sampai ke dalam.
Dah tengok rumah-rumah yang dah siap dibina tadi? Sekarang jom buat house tour.
Tengok sendiri rupa rumah dari luar, masuk ke bahagian dalam, dan lihat ruang serta kemasan yang mungkin anda nak untuk rumah sendiri.
Mungkin ada satu rumah yang terus buat anda terfikir — “Yang ni macam rumah yang aku nak.”
Sekarang Jom Kami Jadikan Ia Kenyataan.
Anda dah tengok bagaimana rumah dibina, lihat rumah yang telah siap dan buat house tour dari luar sampai ke dalam.
Sekarang giliran rumah anda pula.
Pilih yang paling dekat dengan apa yang anda bayangkan. Tak perlu tepat — kita boleh perhalusi bila berbincang.
Banglo 1 tingkatDari tapak hingga ke suis lampu.
Kalau bukan nak bina rumah baru, mungkin anda perlukan kerja tertentu untuk rumah atau bangunan yang sedia ada. Pilih servis yang berkaitan dan ceritakan apa yang anda perlukan.
Ada Masalah Lain Yang Anda Hadapi? Jom Kami Bantu.
Bukan semua orang datang nak bina rumah baru. Mungkin anda nak ubah suai rumah, nak baiki bahagian yang rosak, pasang CCTV atau autogate, buat pendawaian elektrik, kerja paip, atau perlukan tingkap dan pintu aluminium.
Apa pun kerja yang anda perlukan, ceritakan kepada kami. Pilih servis yang berkaitan dan beritahu apa yang anda perlukan. Kalau ada gambar keadaan sekarang, kongsikan sekali — lebih mudah untuk kami faham dan bincangkan dengan anda.
Ubah suai & baik pulihSoalan yang biasa ditanya.
Saya ada tanah tapi belum ada pelan. Boleh mula?
Boleh. Ramai bermula dengan sekeping tanah dan sebuah gambar rumah yang mereka suka. Kongsikan itu, kita susun dari situ.
Berapa agak-agak kosnya?
Bergantung pada saiz rumah, reka bentuk dan bahan. Beritahu gambaran awal anda, dan kita bincangkan anggaran bersama.
Bayarannya macam mana?
Projek kami sebelum ini dibiayai secara tunai berperingkat, pinjaman LPPSA dan pinjaman bank. Kita bincang yang paling sesuai untuk anda.
MSL buat projek di luar Kemaman?
Projek kami merangkumi Kemaman, Dungun, Setiu, Kuantan, Pekan dan Maran. Lokasi lain pun boleh tanya dulu.
Boleh buat kerja elektrik atau aluminium sahaja?
Boleh. Beritahu jenis kerja dan lokasi, kami akan balas.
Jom mula.
Dah bersedia untuk bincang? Pilih apa yang anda perlukan dan kita mulakan dari situ.
Kalau anda lebih selesa, boleh juga hubungi 013-937 8010.
K 13554, Tingkat 1, Taman Desa Solehah, Mak Chili, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu.
[email protected]



